Wednesday, March 9, 2011

Perkembangan demi perkembangan meniti usia ke-2 tahun

8.3.11 -8.00am- aisya ada appoinment dengan paeds dan phsiotherapy.Ibu batalkan temujanji dengan fisio kerana keadaan kesihatan aisya terutamanya kaki aisya yang tidak mengizinkan.Selepas ditimbang (beratnya turun 300g :( memang sudah dijangka) - berat 7.1kg (sangat tidak memuaskan menurut pakar), tinggi 75cm, ukur lilit kepala 41cm.
Pertemuan kali ini dengan pakar kanak-kanak mengambil masa yang agak lama berbanding pertemuan -pertemuan sebelumnya.Mungkin disebabkan banyak penerangan dari doktor berkaitan dengan keadaan kesihatan aisya, mungkin juga sebab banyak pertanyaan dan soalan dari doktor yang memerlukan ibu menjawab atau lebih tepat menceritakan keadaan aisya selepas 3 bulan di'discharge' dari wad, atau mungkin kali ini ibu yang terlalu banyak bertanya pada pakar tersebut?Hihihi..haruslah, demi kebaikkan anak ibu juga kan?
Akhirnya, setelah hampir 45 minit dalam bilik doktor...ini antara yang dapat disimpulkan oleh pakar:
1) Sejak discharge dari wad bulan Disember tahun lepas (kerana sawan), aisya ada 3 rekod dikejarkan ke Bahagian Kecemasan iaitu siri demam yang panjang-ambil darah (bulan Januari), batuk yang teruk (Februari) dan terkiri pasal kakinya (Mac).
2) Result EEG daripada Hospital Kuala Lumpur
-Semua aktiviti otaknya kelihatan normal.Alhamdulillah syukur!Namun pengambilan ubat Epilim perlu diteruskan selama 2 tahun bagi mencegah berlakunya lagi seizure/fits/sawan.
3) Tentang keadaan jantungnya
-Follow up dengan IJN pada April nih akan menentukan keadaan jantung aisya yang menurut pakar masih ada bunyi murmur (bunyi angin seperti tayar bocor)sama ada masih memerlukan operation atau tidak.Ubat jantung dah off bulan 8 tahun lepas.Ibu berharap sangat agar tiada lagi operation ketiga yang diperlukan oleh aisya.
4) Tentang keadaan paru-parunya.
-Aisya pernah ada pneumonia so keadaannya paru-parunya perlu dijaga.Tidak boleh ada infection atau sebagainya.Setakat ini dia ok bila melakukan aktiviti seperti memanjat, menolak basikal mainan, berjalan-tiada batuk kecuali 2-3 hari nih...dia batuk malam.Puff (biru dan oren) dah off 4 bulan lepas (guna hanya bila perlu sahaja)
5) Pertuturan
-Aisya masih belum bertutur dan temujanji terapi pertuturan telahpun ditetapkan pada bulan 5 nanti.Ibu pasti ianya berkait rapat dengan masalah pendengarannya sebab tu aisya lambat bercakap.So far dah ada perubahan kerana sekarang dia dah banyak mengeluarkan bunyi tapi bukan perkataan.
6) Mata
-Power mata aisya semakin baik/turun. Semoga dia tidak memerlukan bantuan cermin mata.
7) Pendengaran
-Masih mencuba untuk menambah masa pemakaian hearing aid.Nampaknya bulan nih juga penggunaannya amat kurang berikutan keadaan kesihatan yang tidak menentu.
8) Penggunaan motor kasar dan motor halus (Masalah Delay Developmental)
Setakat nih aisya baru sahaja pandai bertatih.Penggunaan jari tangannya juga semakin baik.Keseimbangan badannya memuaskan.Daya tumpuannya ada peningkatan.Dia dah mula pandai meniru apa yang dia lihat.Alhamdulillah..semuanya adalah perkembangan yang memberangsangkan.

Pakar turut meneliti masalah kaki aisya yang bengkak dan memanggil senior pakar untuk melihat keadaan kaki aisya.Katanya kaki aisya yang bengkak memerah itu panas dan keras.Mungkin ada infection pada bahagian dalam kulit.So, antibiotik dicadangkan.Sekiranya dalam masa 2 hari (sehingga Khamis) masih tiada perubahan,aisya perlu di tahan wad.Menurut penerangan pakar tersebut, ianya umpama bisul.Sekiranya boleh pecah sendiri, ok.Jika tidak mereka terpaksa menoreh kulit kaki aisya kerana dikhuatiri ada nanah dan bimbang virus/bakteria akan merebak kebahagian lain.

Semoga segalanya dipermudahkan.Semoga aisya tidak perlu lagi merasai kesakitan.

3 comments:

umi aiz said...

alhamdulillah atas perkambang aisya sayang...moga aisya terus kuat, boleh cakap2 dgn ibu, jln2 ikut kakak aireen....umi sha n baby aiz selalu doa kan tuk aisya...

ummuharithasif said...

semoga si comel aisya terus sihat dan ceria...moga dipermudhkan smua urusan...doa kami sekeluarga untuk aiya ;)

insan kerdil said...

biar pun perjalanan kehidupan....sering menyediakan ketidakpastian....ketidaktentuan.......sebagai 'hidangan'.....

namun petunjuk....serta panduan tetap mengiringi sebagai 'santapan'.....pada yang terus2an percaya dan yakin pada Penentu...Pemilik...yang Esa....

dan ianya berdasarkan ketetapan suatu prinsip yang jelas dan nyata.....akan ada rahmat-Nya terselit di sana sini....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....