Friday, June 3, 2011

Happy 5th Anniversary

Entry ini untuk ibu dan babah.Kakak aireen & aisya...jangan marah yeh. :P

Hari ni saya happy sangat.Pagi-pagi lagi saya dah bersujud memanjatkan setinggi kesyukuran atas segala nikmat yang telah diberikan olehNYA pada kami.Nikmat bahagia, nikmat kasih sayang, nikmat zuriat, nikmat rezeki, macam-macam nikmatlah yang tak dapat dibilang dengan jari.Alhamdulillah...

Hari ini, 3 Jun 2011 - adalah tarikh keramat bagi saya dan suami.Kerna pada tarikh inilah kami disatukan.Kami diikat dengan sebuah ikatan perkahwinan.Alhamdulillah...sedar xsedar, tik tok tik tok masa berdetik...kini genap 5 tahun usia perkahwinan kami.Walaupun masih baru setahun jagung, namun alhamdulillah segala rintangan dan ujian alam perkahwinan, kami tempuh bersama.Saling menghormati, saling bertolak ansur, saling memaafkan, saling menunaikan tanggungjawab masing-masing, saling mempercayai, saling berusaha memperbaiki setiap kelemahan dan yang paling penting KOMUNIKASI adalah pegangan kami dalam mewujudkan sebuah keluarga sederhana yang penuh dengan kasih sayang.Semoga ianya berterusan dan kekal selamanya.Amin.

Mengimbau detik perkenalan kami :

Kami bertemu buat kali pertama sewaktu saya yang ketika itu bekerja dengan sebuah syarikat swasta diberi amanah untuk menggantikan pegawai senior menemuduga pekerja baru.Dan Suhaimy bin Salim itu adalah salah seorang calon untuk saya temuduga ;) Kelakar bukan??? Dia yang ketika itu baru menerima VSS (Voluntarily Separation Scheme) akibat penutupan sebuah kilang Jepun di Bangi saya ambil bekerja atas faktor pengalaman.Ketika itu hubungan adalah atas dasar pihak pengurusan dan staff.Peristiwa ke-2 adalah ketika dia berjumpa saya untuk urusan pembelian kereta (saya menguruskan dokumen2 yang diperlukan) dan dari situ kami bertukar no.telefon atas alasan dia nak belanja saya makan jika loan keretanya lulus.Dan janjinya ditepati.Sejak itu kami berkawan.
Masih saya ingat ajakannya untuk menemaninya ke rumah makciknya di Cheras kerana nak g umrah (saya membawa rakan ikut serta) dan itulah pertama kali saya bertemu ibunya yang kini adalah mak mertua saya.Dan ketika itu juga ibunya telah salah anggap hubungan kami..meminta kami cepat bertunang di depan saudara maranya yang lain!Kata ibunya lagi berkenan sangat dengan saya.Merah padam muka saya ketika itu.Hahaha..Serius waktu itu kami hanya berkawan.Tak lebih dari itu.Dan dia meminta maaf sepanjang perjalanan pulang.Yang gentlenya dia datang beraya kerumah saya bertemu abah saya dan meminta untuk membawa saya keluar.Saya membawa hampir 8 orang anak-anak kecil (anak jiran, sepupu, anak sepupu, adik2 saya) untuk menemani saya keluar.Hahahaa..di situ nampak kesabarannya dalam melayani setiap karenah anak-anak itu.Membelanja mereka semua makan dan menonton wayang.Kopaklah duit dia hari tuh ;P Dan dia melamar saya sewaktu menghantar kami pulang.Saya menjawab sambil bergurau 'Kalau betul, tanyalah abah..hantar rombongan'.
Kami kenal, bertunang dan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh tak sampaipun setahun (xsempat bercinta pun).Saya menerimanya kerana sikap hormatnya pada saya, sikap pelindungnya yang jelas, dia menerima saya seadanya saya, ilmu agama yang dia ada untuk menjadi 'guru' saya (setiap kali telefon mesti ada tazkirah dari dia yang perlu saya dengar.Mula-mula dulu rimas gak.hahaha), dia bukanlah seorang yang memaksa (saya tak boleh buat itu, xboleh buat ini), dia seorang yang bersederhana dan bertanggungjawab.Nasihatnya lembut tapi jelas dengan maksud.Walaupun dia bukanlah dalam kategori 'lelaki impian' saya (masa belajar dulu konon-konon nak yang sama belajar U, yang hensem, yang berduit.hahaha) tapi setelah mengenalinya bagi saya apa yang dia ada dah 'cukup' untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anak kami.Alhamdulillah, saya tidak tersalah pilih.Sungguhpun ada perbezaan karektor dan cara pemikiran antara kami tapi itu menjadikan kami saling memerlukan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Sepanjang 5 tahun perkahwinan terlalu banyak dugaan yang telah kami lalui.Rajuk, marah, tangis adalah rencah perhubungan.Alhamdulillah semua itu semakin menguatkan ikatan kasih sayang antara kami.Tambah-tambah lagi dengan 'rezeki' zuriat penyambung keturunan, pengikat kasih, penyeri rumahtangga kami Aireen Arissa Dania dan Ainur Ariana Damia (serta bakal adik-adik mereka nanti.Insyaallah) amanah dari Yang Esa untuk kami.Dugaan demi dugaan pasti akan terus mendatang, saya berdoa agar kami berdua dapat menempuhinya dengan sabar dan tenang.Semoga kebahagiaan dan kasih sayang keluarga kita ini mendapat keberkatan & berada dalam payung rahmat Illahi.Amin.

Buat suamiku Suhaimy Salim yang tercinta,

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke5"
Semoga kita berdua semakin matang dalam melayari bahtera 'percintaan' kita ini sehingga tiba ke destinasi terakhir.Semoga jalinan ikatan kasih sayang antara kita bertambah kuat dan kekal hingga nafas terakhir.Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup sayang.Terima kasih atas segalanya.

Dari isteri yang amat menyayangimu.

                  Di awal perkahwinan - Bulan madu kami di Terengganu
                  Tanda kami telah disatukan
       Semuanya masih segar di ingatan.Moga ianya tidak akan layu di mamah waktu.
       Kehadiran kakak, penyeri kehidupan kami.'Rezeki' buat kami yang masih dalam proses mengenali
Kehadiran Aisya menjadi 'penguat' dalam kami melayari, mengenali kehidupan sebenar.Mereka inilah nyawa saya!

"Both of you...babah, kakak dan adik, ibu love u so much till my last breathe!"

10 comments:

zura_habibhaariz said...

WAH!!! Happy Anniversary ayu n amy...semoga bahagia selalu,dikurniakan anak yg ramai,murah rezeki dan diberkati ALlah SWT...

Fysa Ismail said...

Happy anniversary kak yu !! moga di panjangkan jodoh and di kurniakan ramai anak....

ADWAteam said...

tahniah kak... semoga kekal bahagia hingga akhir usia.. insyaallah... :))

Kasih Ibu said...

congrats and happy 5th anniversary ibu aisya...

mg kalian terus bahagia dan tabah mengharungi segala dugaan yg mndatang...Aminn..

Unknown said...

tahniah ayue...moga bahagia hingga ke syurga.....

insan kerdil said...

ada yang 'membilang' bintang di langit....untuk tiap 'impian' yang masih belum 'tercapai'...

ada yang 'menongkah' arus....'membina' satu persatu impian....atas 'pendakian' satu demi satu...anak tangga yang 'ditempuhi'.....

dalam lengkap melengkapi...kan hadirnya bahagia...pabila saling memberi dan menerima....

kerana hidup ini ada lah tentang ruang dan peluang...yang diberikan oleh-Nya....menikmati tiap detik bersama.....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ummuharithasif said...

happy anniversary k.ayu & suami...semoga bahagia smpai ke syurga..(kita kwin thn sama, awal awal 3bln drpd kami) ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan.. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.. :-)

june said...

happy annivesary ayu dan suhaimi.. tak sangka kak akmal.. suhaimi suka 'bertazkirah' heheheh

beargemoks said...

tahniah kak ayu...happy anniversary..semoga berbahagia ke akhir hayat ye..