Monday, June 6, 2011

~Malang tidak berbau~

~Kisah berlaku malam tadi, lepas maghrib ~
Sedang kami bersiap untuk menghadiri kenduri perkahwinan sepupu......ibu di depan meja solek, babah sedang menunaikan solat maghrib, kakak ngan aisya yang dah ibu siapkan sedang bermain - juga di dalam bilik ibu.Tanpa ibu sedar, aisya rupanya dah pun menyelinap masuk ke dalam bilik air yang pintunya terbuka.Bila telinga menangkap bunyi 'plap'..'plap' (org tepuk air), ibu jenguk dan angkat semula si kecil tu keluar dari bilik air.Al kisahnya, ibu letakkan dia betul-betul selangkah dari pintu bilik air sebelum ibu berpaling nak tutup pintu bilik air tuh.Bila ibu berpusing semula ibu dah dengar bunyi dentuman diikuti tangisan yang kuat.Aduhaiii...aisya jatuh tersembam dengan badan, dada dan mukanya menyembah ke lantai.Kuat lak tuh.Mungkin dia nak melangkah tapi kakinya basah dan licin atau kakinya terpijak gaun yang dia sedang pakai.Semasa ibu angkat badannya, darah dah penuh berjejer keluar dari mulut.Ibu amik tuala kecil dan tekup pada mulutnya tapi aisya meraung xingat.Tangannya yang meraba mulut pun dibasahi darah merah.Pipi, dagu penuh kesan jejeran darah.Ibu nak bukak mulutnya,  nak pastikan keadaan luka pun payah.Dalam kelam kabut tu ibu teringat sesuatu, ibu bawak dia ke dapur, ibu ambil ketulan ais dan letak pada bibirnya.Lagilah dia mengamuk.Ibu suakan air suam, dia minum 2 teguk tapi bila ibu alihkan cawan dari mulutnya, ibu lihat air dalam cawan tu merah!Banyaknya darah.Babah yang dah selesai solat datang meninjau.Alamatnya....ibu terpaksalah mendengar 'syarahan' dari babah.Huhuhuhu..
Nak xnak, ibu capai tudung dan kami memecut ke Klinik Pakar Kanak-kanak Annur, Bangi.Dalam fikiran ibu, sure bibir aisya kena jahit kali nih.Darah xhenti-henti keluar.Habis penuh satu tuala kecil tu dengan warna merah (darah).Kolar gaunnya pun merah terkena darah yang menitis.Mujur bila sampai ke klinik, darah dah kurang, nampak luka atas bibirnya agak besar.Bibir atas pun dah mula bengkak.Kebetulan patient xramai...hanya ada seorang jer.Tak lama menunggu kami dipanggil masuk.Aisya di baringkan dan mulutnya diperiksa.Alhamdulillah, kata doktor xperlu dijahit.Cuma diberi ubat sapu/titik.Kena pantau supaya tidak dijangkiti bakteria.Selain tu doktor turut memeriksa keadaan dahinya yang dah mula benjol dan tulang hidungnya.So far, katanya semua ok.Alhamdulillah.Doktor kata boleh, kalau nak teruskan g kenduri tu.Huhuhuhu...malu ibu.Dengan muka yang separuh siapnya, dengan selipar jepunnya....dek kerana kelam kabut punya pasallah nih.Hampir sahaja ibu membatalkan hasrat nak g kenduri tuh.
Kami g juga kenduri malam tadi walaupun dah lewat (of course lah balik umah sambung bersiap semula.hihihi) kerana meraikan kenduri sepupu yang tidak pernah mis datang ke rumah keluarga ibu setiap kali kami buat kenduri.Namun xlama..hanya berjumpa makcik, pengantin dan makan kerana keadaan si kecil aisya.Dengan mulut yang bengkak dan 'angin'nya agak moody (langsung xnak orang lain pegang) walaupun masa orang ambil tu dia tengah tidur, dia tahu.Huhuhu..
Tidur dengan kesakitan.
Harapnya dengan keadaan bibirnya yang begitu, dia tidak refuse makan minumnya. ;(

9 comments:

Unknown said...

aduhh...siannya tgk aisya...iman pun selalu kena mcm tu...sebab dia kalau mengamuk dia hentakkan muka ke lantai...kalau dah sakit baru melalak...huhu...bahaya betul...apa pun moga aisya cepat sembuh yer....

Fysa Ismail said...

ala sian nye sayang umi sorang ni... aiz pun jatuh macam ni hari tu. banyak darah kuar. dengan umi sekali nangis.risau sangat...moga aisya cepat sembuh ye nak...

Rizziela said...

aduh! kesiannyer kat Asya...bengkak tu mulut dia

Rizziela said...
This comment has been removed by the author.
zura_habibhaariz said...

ish tgk mcm teruk jugak...hrp2 cpt sembuh ye...

aida zain said...

adoiiiii kesiannya tgk dia...moga cepat2 sembuh yeee.....

Kasih Ibu said...

alahai kesiannya aisya...get well soon ye dear..

Haiqal pun skrg pantang nmpk pintu bilik air terbuka, cepat2 je dia masuk main air...

ummuharithasif said...

aduh,siannya tengok bibir aisya tu..mcm teruk jga tu kn..harap aisya cpat2 sembuh ya syg...

mama akid said...

sianya aisya...cepat sembuh yer..