Monday, March 7, 2011

Ada sesiapa yang tau???

Entry berkaitan kaki aisya...Sungguh saya buntu.Mana satu perlu saya ikut?Rawatan tradisional kah atau meneruskan rawatan di hospital?Saya xmahu aisya terus-terusan dijadikan bahan ujikaji /eksperimen tapi dari sudut lain saya takut keadaannya menjadi bertambah teruk (maybe xnampak secara luaran).Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini~ kaki aisya terpaksa disimen walaupun selepas 3 kali dixray tidak terlihat sebarang retak atau patah.10hb Mac ni (selepas 10 hari) orthopedic akan melihat semula keadaan kakinya.Keadaan kakinya -masih lagi bengkak+merah dan malam-malam dia akan menangis kesakitan sambil mengangkat kaki kanan yang sakit itu.

Kami pulang ke kampung kerana Pak Ngah aisya mengakhiri zaman bujangnya.Sabtu petang, ibu lihat jari kaki aisya macam bengkak dan babah memutuskan untuk membuka simennya.(Semasa disimen, kami diberitahu sekiranya terlihat jari kaki aisya bengkak atau biru, kami dibenarkan membuka simen tersebut).Ternyata telahan kami tepat kerana atas kaki aisya betul-betul bengkak dan memerah.Beberapa orang tua yang melihat kaki aisya ketika itu mengatakan mungkin aisya kena 'dena' (Maaf kalau saya salah eja.Tak pernah dengar perkataan itu sebelum ini).Mendengar beberapa pendapat, selepas memandikannya.. saya menyapu minyak gamat pada kakinya tapi tidak urut dengan harapan bengkak akan surut.Tapi tak saya sangka...lain pula yang berlaku malam itu (lihat entry sebelum~demam lagi).
Sewaktu aisya tidur malam itu, pintu bilik diketuk.Mak usu mengatakan ada makcik nak tengok aisya.So, dengan sedikit berat hati (kerana aisya baru sahaja tidur dan kalau boleh saya xmahu kacau dia, bimbang dia menangis lagi.) saya angkat juga aisya keluar dari bilik ke ruang tamu bertemu makcik tersebut atau lebih dikenali dengan panggilan 'mak ngah'.Rupanya mak ngah adalah seorang pengamal perubatan.Dia melihat aisya dan memegang kaki aisya.Menurutnya tulang kaki aisya xpatah dan xretak (telahannya juga sama seperti apa yang orthopedic katakan) malah dia turut mengatakan aisya terkena 'DENA'.Katanya 'dena' sangat bisa dan jika terkena pada orang tua pun xtahan, boleh menangis menahan denyutan bisa tuh.Dan kejadian aisya biru, menggigil tadi juga mungkin berpunca daripada bisa 'dena' yang melawan akibat daripada minyak yang saya sapu.Menurut mak ngah 'dena' pantang pada minyak.Laju jer mulut saya bertanya 'dena' tu apa?Macam mana boleh kena?Menurutnya mungkin aisya terlanggar 'sesuatu'. ?????Hurmmm..wallahua'lam.
Oleh kerana dah malam dan barang (daun sirih) yang diperlukan tiada, jadi mak ngah hanya menyuruh saya supaya menyapu air asam jawa pekat yang telah dibaca ayat supaya bengkak aisya surut selain dapat menyejukkan.Saya hanya menurut.Alhamdulillah, paginya bengkak kaki aisya beransur surut.Sebelum bertolak balik ke Putrajaya semalam, kami singgah di rumah mak ngah.Pada daun sirih dibacakan beberapa potong ayat dan katanya tekap pada kaki untuk membuang bisa.Saya hanya melakukannya sekali iaitu semalam.Pagi tadi bengkak di kaki aisya nampak surut dan tidak lagi merah.Alhamdulillah.
Malam tadi aisya merengek lagi tapi kali ini saya yakin rengekannya tiada kena mengena dengan sakit kakinya itu tetapi berpunca daripada selsema dan batuk yang tidak henti.Aisya diserang pula dengan virus batuk+selsema semalam.Kasihan sekali melihat badan kecilnya yang terhenjut-henjut menahan batuk ketika tidur.Merah padam mukanya.4 kali dia termuntah semasa tidur akibat batuk.(yang keluar hanya cecair lendir).Saya hanya mampu memberinya inhealer puff bewarna biru 4 jam sekali bagi melegakannya dan menyapu dadanya dengan bawang putih yang dibakar, tumbuk kemudian dicampur minyak kelapa di dada dan belakangnya.(petua orang2 tua dan biasanya berkesan setiapkali saya lakukan apabila aisya batuk).

p/s: Minta pendapat atau nasihat bagi ibu-ibu yang berpengalaman dan yang berpengetahuan tentang ini.Ada tak ubat/vitamin/makanan tambahan yang sesuai untuk diberikan pada aisya supaya daya antibodinya kuat?Kesian melihat keadaannya yang xhenti-henti sakit.Baru nak kuat dan selesa dengan diri dia, nak pandai/belajar sesuatu yang baru...kena virus lagi walhal xkeluar bercampur dengan orang lain pun.Huhuhu..Lemah sungguh daya tahan badannya.Harap menginjak usia 2 tahun, 2 minggu lagi...dia dah xsakit-sakit.Aminnnnn... Esok pagi ada temujanji dengan pakar kanak-kanak, akan saya utarakan masalah ini.
Lagi satu kepada sesiapa yang tahu apa makna 'dena' tu (orang Johor tau kot), boleh tak bagitahu saya apa dia 'dena' tuh?saya masih xpaham sampai sekarang :P

14 comments:

Mama Q said...

Salam ibu...sila cek email kat gmail...saya tgl pesan kat situ...:-)

ieda said...

alhamdulillah kaki aisya makin elok.akak pun tak tau apa dena tu..first time dengar.

biasanya exposure yg akan membentuk imunity kanak2.terlalu banyak virus kat persekitaran kita so mudah bg anak2 terkena jangkitan.virus yg berbeza tp gejala nampak serupa spt selsema,batuk & demam.
anak2 akak makan vitamin susu kambing..kdg2 vitamin C.makanan biasa macam ikan,sayur & susu pun membantu meningkatkan daya tahan anak2.

Anonymous said...

Makan lah 4life transfactor.

Unknown said...

Dena itu lbeh kurang mcm ni.. rasa sakit angota badan tnpe sebab yg nyata dr mte kasa akibat terusik mybe secara x sngaje bnde halus.. biasanye org pngil anak bajang.. biasanye d rawat gune sireh.mcm yg org dlu2 mkn tu.. tngkalkn dn conteng anak bajang d tmpt sakit.boleh jgk conteng d dahi ubat dmam or skit kpale..

Unknown said...

Sy ibu aris...sy sndri ada pegalaman kne dena....lg dashat dy kne d alat kelamin....allah...hanya allah sje y tau.betapa bisa n sakit nye...smpi msuk hospital...pda mula sy x perasan .itu dena.pda tgh mlm nye.tiba2 sy tringat bila begkak x tau ke hala.spu miyak or cream makin mejadi.kata org tua dena....so pg to stff nurce .y lebih di kenali degn pangilan mak bebual2 dgn sy..giba2 sy ckp kt dy.mak sy rse sy kne dena.then dy pn buka mulut.haaa...aq da prsan dr smlm.tp aq tkot org skrg x pcya..ehh kta sy.sy tw penyakit dena..pendk kn cerita...dy pn berkongsi no hp.n .mintk cll pcik ne.dy pndai ubt.suami pn x pk panjang cpt dy cll..n tghr to dy dtg ke wad sy....di conteng nye degan kapur capur ibu kunyit.....berkat tawakal.jodoh nye...pg ne 14 april 2017...alhamdulilah...begkak.sakit ilang serta merta..ya allah syukur....ingt ye teman2.....dena pantang d sapu miyk or pe sje cream....doakn sy pulih seperti sedia kala..aaminnn

permata said...

Denah biasanya bengkak di kaki kan..ada tak bengkak di mata?baby saya bengkak di mata, orang suruh buat rawatan denah..saya 1st time dengar denah ni..tak tahu nak pergi ke tak esok..

Anonymous said...

Dena nie or nama sains nya cellulitis.. doktor ckp cellulitis nie infection dibawah kulit .. selalu doktor akan bg antibiotik tp kalau perubatan kg so far yg paling mujarab kunyit n kapur yg disapu pada bengkak tersebut...

Unknown said...

Saya jamaliah.saya skrg mengadapi sakit denah.. Ade sape2 yg bole bantu saya

Unknown said...

As salam,
Ayah saya dah lama kena sakit denah ni tapi tak tahu apa nama sakit pada awalnya. Macam2 tempat berubat aaya dah bawanya tapi masih tetap tidak sembuh. Hospital menyatakan ayah terkena enzema dan diberi antibiotik dan ubat gatal shj.
Lama kelamaan kaki ayah semakin membesar. Sy ada bawa berubat kampung tapi dpm perubatan itu diberitahu agar setiap hari kakinya mesti direndam dlm air garam yg telah ditawarkan. 12 hari awalnya Alhamdulillah nampak perubahannya. Tapi satu hari keadaan ayah jadi lebih teruk hinggakan atas tapak kakinya luka besar hingga menampakkan isi kaki yg besar hingga mengeluarkan ulat. Kami bawa ke klinik utk cuci lukanya. Malangnya kami terlupa utk merendamkan kakinya dlm air garam setelah balik drpd klinik. Maksudnya pantang drpd perubatan kg telah dilanggar maka terbatallah urusan perubatan kg itu. Walhal cuma 3 hari shj lagi utk acara penutup perubatan tu.
Ada sesiapa tahu dimana tempat yg boleh sayau bawa ayah saya utk berubat. Minta tolong sgt sgt.

Mohon hubungi saya di email - zam@muamalat.com.my
0189119959

Unknown said...

Salam sis..bolehbtu berubat kat mana sbb abang kawan baik saya dah berubat bnyak tempat..denanya dari kaki dah naik ke kemaluannya😭

Unknown said...

Assalanualaikum. Saya juga berpengalaman sakut dena baru ini. Alhamsulillah hanya tinggal kesan. Setakat ini saya adalah penganal air titisan Concentrated Mineral Drops (CMD) sejak tahun 2015 hingga sekarang. Terbukti mineral yang saya dapat daribtitisan CMD dapat beri tenaga pada diri saya. Dan alkali dalam CMD dapat nuetralkan asid yang berlebihan punca penyakit kronik. Dan saya adalah berasiko 'Kanser Hati' jata doktor sebab saya mempunyai hati lemak. Bilax masa boleh gati boleh jadi keras dan kanser.Alhamdulillah. setelah amalkan CMD saya dapati imun badan semakin baik.

Info selanjutnya boleh hubungi saya 01133083144.

Wallahu'alam.

Hamba allah said...

Salam semua.. saya pun sedang mengidap sakit dena ni.. bile berubat baik sekejap.. dalam seminggu sakit ni datang balik.. mungkin tak serasi agak nya.. sakit nye di sekitar buku lali 2 belah kaki.. sampai tak mampu nak berjalan.. mohon sapa2 tahu tempat utk berubat area hulu langat.. 0136603837

Anonymous said...

Denah ialah pnyakit dri makhlus halus... Slalunya trjdi sbb kita mngkin trlanggar @ trpijak makhlus tu @ rumah tempat tinggal dia.Klu trkena bisa dia jgn cite la,org dewasa pun x tahan lgi kan budak².Hnya pngamal perubatan yg pndai je bole mngubatinya.Selalunya akan ditangkal dan diconteng ditmpat sakit mnggunakan sirih @ kapur...
Pntng utama denah ialah JGN TRKENA MINYAK...

Anonymous said...

Boleh cuba rawatan denah di sini

https://youtube.com/shorts/vJKDHf0xNws?si=p3yVOPSZytjJ0zSJ