Monday, March 28, 2011

~Bilamana kebahagiaan itu kini dirasai.Terima kasih Ya ALLAH~

Dahulu...NICU itulah rumah kami
Dahulu....setiap saat dan detik saya hanya memandangnya tanpa mampu saya memeluk apatah lagi mencium pipinya
Dahulu....badan itu penuh berselirat dengan segala macam wayar halus
Dahulu....dia hanya terbaring longlai
Dahulu....mata kuyu itu meluahkan kesakitan dan keperitan
Dahulu....saya sering menangis kerananya
Dahulu....air mata ini bagaikan langsung tak berharga
Dahulu....langkah kaki ini longlai dan lemah sekali
Dahulu....saya pernah menyaksikan kesakitan dan desah nafasnya yang turun naik perlahan bersama bunyi mesin yang memeritkan gegendang telinga ini
Dahulu...saya pernah jatuh terjelepuk menyaksikan nafasnya yang tiba-tiba berhenti beberapa saat
Dahulu....saya pernah membayangkan andai saya kehilangannya
Dahulu....saya pernah memikirkan tanah perkuburan mana yang mahu saya kebumikan jasadnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kini.....rumah sederhana inilah yang dia terokai dan selusuri setiap hari
Kini.....saya masih xpuas memeluk, menggomol dan meneroka setiap inci tubuh badannya
Kini.....pipi yang kurus itu sering sahaja tidak lepas dari ciuman yang bertalu
Kini.....dia dah mula bertatih dengan berani
Kini.....matanya mula bersinar, begitu indah sekali
Kini.....badan kecil itu saya hiaskan dengan pakaian cantik setiap hari
Kini.....airmata yang menitis hanya kerana BAHAGIA menyaksikan setiap perkembangannya
Kini.....saya seringnya tersenyum malah ketawa melihat tiap gelagat dan ragamnya
Kini.....langkah saya kian bersemangat dan membara untuk melihatnya lebih maju
Kini.....otak sering sahaja memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk pencapaiannya
Kini.....kebahagiaan itu serasa terlalu dirasai.





Alhamdulillah.....dengan izinNya kami sampai ke tahap sekarang.2 tahun berlalu meninggalkan segala kenangan pahit manis yang mendewasakan.Kini kami masih mengorak langkah dan tidak akan berhenti selagi diizinkan olehNYA.Mohon dipanjangkan tempoh masa untuk kami terus bersama dan diberi kesihatan yang berpanjangan untuk anak ini agar mata yang jernih itu tetap terus bersinar.

Terima kasih pada yang pernah membantu menjaga, merawat dan bertindak pantas menyelamatkan aisya.Jasa anda xpernah saya lupakan seumur hidup saya.Hanya allah bisa membalasnya.

7 comments:

Fysa Ismail said...

amin..moga tempoh itu dipanjangkan..
moga aisya membesar dengan sihat, semakin kuat, moga suatu hari ada jodoh untuk umi bertemu dengan aisya.

kak yu : moga apa yang akak lalui menjadikan akak makin kuat & tabah, setiap senyum & perkembangan aisya adalah semangat kita kan? take k 4 aisya...

zura_habibhaariz said...

Alhamdulillah...:-)

saya aminkan setiap doa ayu utk aisya...smg aisya trs membesar bagai juara!

Yasmin Nabilah.. said...

yes!! betul..suka sgt tgk aisya makin kuat melangkah..moga aisya terus kuat ye sayang!!

produk ococ said...

Tiap dugaan yg Allah beri, pasti disusuli kegembiraankan..alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah..

Rizziela said...

Insyallah...ALLAH sentiasa memberi pelangi setiap kali selepas hujan..itu lah pelangi yg menghiasi hidup anda sekarang..AIsya

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan.....meski ada ketika seperti nya boleh 'ditafsir'.....mahu 'dibaca'.....mengikut 'andaian'...'telahan'.....tiap makhluk....atas ilmu....amal....yang diperolehi....namun semua itu tetap 'terpimpin' dan 'dipimpin' oleh iman......atas percaya dan yakin pada Penentu....Pemilik....yang Maha Mengetahui....Maha Menyayangi.....

Dia sama sekali tidak akan memungkiri janji.....dan tidak akan sesekali menzalimi....

pada Allah S.W.T jua segala kebergantungan....segala pengharapan......agar dipermudahkan urusan dunia akhirat....diberikan sabar dan redha dengan tiap apa yang ditentukan.....mensyukuri pada tiap nikmat yang dikurniakan......

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam..

Mama Q said...

Amin. Moga Aisya membesar dgn sihat...moga ibunya terus kuat