Wednesday, March 16, 2011

Dah lama mencari...akhirnya berjumpa.

Antara tujuan asal saya menulis blog ini dahulu adalah ingin mencari mereka-mereka yang sama dengan saya.Yang permata hati mereka mempunyai masalah yang sama dengan buah hati saya aisya.Supaya saya boleh berkongsi cerita, berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menjaga anugerah istimewa ini.Yer, saya akui ramai..ramai sahabat yang saya temui dari jalinan persahabatan alam maya ini yang banyak membantu malah ada antara mereka, saya dah anggap keluarga saya sendiri.Sedih mereka, susah mereka, ketawa tangis mereka turut memberi kesan pada emosi saya.Malah tak malu saya akui, saya turut menangis membaca entry luahan mereka yang bersedih..dan tersenyum semasa membaca bila mana penceritaan entry mereka menggembirakan.Begitu  kuatnya jalinan ikatan perasaan itu walaupun antara kami tiada perhubungan darah.Sepanjang pencarian ini tiada seorang pun ibu yang mempunyai anak bermasalah seperti aisya saya temui.Lalu saya masih terus mencari dan mencari untuk saya mendapatkan lebih info berkaitan penyakit ini sehinggalah semalam....

Akhirnya semalam, setelah 2 hari berbalas msg...saya bertemu muka dengan seorang ibu (ustazah) yang saya panggil kak Ruby.Kak Ruby singgah ke rumah saya petang semalam bersama dengan 2orang  anaknya.Seorang hero (4 tahun) dan seorang puteri yang comel (15bulan).Kedatangannya membuka sebuah kisah yang hampir sama dengan saya kerana puterinya yang kecil comel itu sama seperti aisya menghidap Congenital Rubella Sindrom.Melihatkan anak kecil itu membiaskan sejarah aisya sewaktu dulu.Anak 15bulan itu sangat kecil (halus dan kurus)-macam 3-4 bulan, masih terbaring, mempunyai masalah jantung (dah operate sekali dan luka jahitan operation sebijik sama macam kat badan aisya), masih makan bubur yang dikisar halus, developmental delay tapi yang bagusnya anak itu amat kuat menjerit (tidak seperti aisya yang hanya diam).Mungkin anak itu bernasib baik kerana dari cerita ibunya, matanya kelihatan fokus dan respond pada bunyi (tapi masih belum disahkan oleh doktor).Anak itu lahir cukup bulan.Tidak banyak komplikasi seperti aisya.Alhamdulillah..moga sinar itu milik kamu wahai anak.Dari cerita yang disampaikan, kisah mengandung kami juga hampir sama.(Terkena virus campak semasa mengandung).Umpama saya memutarkan kembali kisah silam saya 2 tahun lepas.Banyak betul cerita yang kami bualkan dari kehamilan, kelahiran sehinggalah ke bab penjagaan anak-anak.Tapi pendapat kami mungkin berlainan kerana Kak Ruby xkasi langsung anaknya makan ubat hospital atas alasan sebelum ni dah banyak makan tapi anaknya masih tetap begitu, tiada perubahan.Dan dia mengubati anaknya melalui kaedah lain.Wallahuaklam..hanya DIA yang Maha Mengetahui.Apa pun caranya, yang penting ikhtiar masing-masing untuk kesembuhan anak-anak.
Puas...hati saya puas bertemu Kak Ruby dan anaknya semalam malah kini saya dah jumpa mereka yang sama dengan saya :)

Buat Nur Asma Qaisara - ibu ayu doakan moga kamu sentiasa berada dalam lindunganNya..dipermudahkan setiap urusan dan sihat-sihat selalu.

3 comments:

Mawar said...

kak ayu,

alhamdulillah, moga jalinan persahabatn ini akan melahirkan perkongsian yg positif sbgmana yg d harapkan, insyaALLAH

Fysa Ismail said...

kak yu, moga ianya dapat memberikan impak positif dlm kehidupan akak, berkongsi masalah dengan yang lebih memahami dan merasai adalah lebih baik dan senang..

hye aisya sayang take k always ye, dr umi sha n baby aiz

insan kerdil said...

meski pun perjalanan kehidupan ini....'menghidangkan' serba ketidakpastian....ketidaktentuan......namun tetap kan terselit rahmat-Nya di sana sini....pada yang mahu berfikir....dan berlapang dada dalam menerima....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji...dan diuji....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...