Tuesday, March 1, 2011

Mac datang lagi..membawa bersamanya seribu impian

1 Mac
kembali menjengah...mengingatkan ibu tentang suka duka sebuah putaran kehidupan.
Membawa bersamanya setinggi kesyukuran yang tidak pernah putus
Di atas setiap titis airmata yang pernah tumpah
Juga disetiap garis senyuman dan riak kebahagiaan yang terpamer
Dalam melengkapkan hidup ibu sebagai seorang wanita, isteri dan ibu
Sehingga hari ini kami masih lagi bertemu Mac
Mac...pertama kalinya ibu merasa bagaimana sakitnya pengorbanan kasih seorang ibu bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.
Mac...lahirnya buah cinta hati antara kami ~kakak Aireen yang sememangnya sangat2 ditunggu.
Mac juga menyaksikan kelahiran  'Our Miracle Baby' - Aisya yang bertarung nyawa untuk terus hidup
Mac jugalah bulan kelahiran ibu :) ~ yeah..ibu berkongsi bulan kelahiran dengan puteri-puteri kesayangan ibu
Semoga Mac tahun nih memberi lebih sinaran yang terang buat kami sekeluarga
Kakak~ yang bakal mencapai usia 4 tahun (xsangka cepat benar masa berlalu.Terasa baru semalam ibu memeluk tubuh kecil yang hangat itu selepas kelahirannya)
Aisya ~ yang akan menginjak ke usia 2 tahun (anak ibu yang kuat, semoga sentiasa sihat dan semakin banyak pencapaian darimu sayang.Walau apapun kekuranganmu, kau tetap sempurna di mata kami dan sayang kami xpernah berkurang malah bertambah untukmu)
Ibu yang bakal mengintai ke angka '3' ehmmm..dah tua rupanya :P (no matter what, number is just number.Semoga semua pengalaman lepas mematangkan ibu dalam setiap perkara)
Apapun yang telah berlaku..i'm happy with with my life because i have them - babah, kakak aireen, aisya, family dan sahabat yang sentiasa ada tak kira disaat senang mahupun susah.Ibu sayang kamu semua hingga ke hujung nyawa.

p/s: Buat sekian kalinya, xsampai pun sebulan selepas sembuh dari demam hari tuh..hari ni aisya demam lagi. Suhu pagi tadi 38.2c.Nampak badannya sedikit menggigil.Mudah benar virus itu merasuki tubuhmu wahai anak kecil.Lemah sungguh antibodimu.Semoga aisya cepat sihat ye sayang.

5 comments:

Fysa Ismail said...

selamat ulang tahun wat kak yu and 2 org puteri tu....
aisya...cepat2 sembuh ye sayang.. aisya mesti kuat biar demam x dtg lg..virus pun xnk singgah da.heheh.. miss ur eyes la dear....
hugs from umi sha and baby aiz..

zura_habibhaariz said...

wah,ibu wat besday party ye..habib nk gi nyebok hehe....
semoga demam aisya x melarat..take care ye...

Yasmin Nabilah.. said...

aisya deman lg ke yu..huhu..cuaca tak menentu..moga aisya lekas2 sembuh ek nak...

ummuharithasif said...

rupanya auntie berkongsi bln kelahiran ngn aisya,aireen & ibu...smoga aisya cpat2 sihat...amin

Mama Q said...

sama la kiter ibu aisya....kami 3 beranak lahir bulan mac (mama, papa & sofea...si adik jek bulan Feb)Happy bdday to us...moga hidup kiter diberkati..Amin