Friday, March 11, 2011

~Memori Kelahiran Kakak (Part 2) ~Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-4 Sayang!

Sambungan dari ~Memori Kelahiran Kakak (Part1)~ yang lepas.

10.3.2007 (7.30pm) - ibu dah start terasa sakit sikit2 tapi masih boleh bertahan.Yang xbestnya time tu waktu melawat dah nak habis, babah terpaksalah balik.Punyalah ramai yang datang melawat, menunggu ibu bersalin sepanjang waktu melawat tuh (12.30pm-7.30pm) tapi ibu langsung xrasa sakit time tuh malah siap boleh layan diorang sumer borak-borak dan gelak-gelak lagi.Tapi bila seorang demi seorang mula meninggalkan ibu (time ni sedey giler) mulalah rasa sakit tu datang perlahan-lahan.Mulanya sakit pinggang jer kemudian perut ibu terasa mengeras.Daripada 1/2 jam sekali, 20 minit sekali, 15 minit sekali sampailah ke 10 minit sekali.Ya Allah..sakitnya tuhan jelah yang tahu.Sebelum babah balik ibu mintak maaf kat babah, suruh babah halalkan makan minum ibu dan doakan semoga ibu mudah bersalin.Babah tinggalkan ibu dengan satu ciuman hangat di dahi.Syahdu sekali ibu rasakan.
8.30pm- Nurse datang cek bukaan jalan.4cm.Katanya untuk anak pertama 1cm, 1jam.Ya Allah..ibu fikir lamanya nak tanggung sakit nih.Nurse cakap dah boleh prepare baju baby dan barangan yang nak dibawa ke dewan bersalin.Seingat ibu dia hanya minta baju baby, pampers, baby blanket dan baby oil sahaja.Ibu call babah suruh babah datang hospital dan bagitahu ibu dah nak ditolak ke bilik bersalin.Cuak, takut, risau, xsabar...semuanya ada dalam hati ibu ketika itu.
9.00pm-ibu ditolak ke dewan bersalin.Contraction dah makin kerap.Sakitnya tuhan jer yang tahu tp ibu tahan jer.Kaki tangan sejuk menahan kesakitan.Perut yang mengeras xselesa kerana dipakaikan CTG.Tak lama kemudian babah masuk, babah gengam tangan ibu.Babah bacakan beberapa potong ayat, babah bagi ibu semangat tapi ibu hanya mengerang kesakitan sambil dalam hati membaca apa sahaja yang terlintas.Ibu cuba praktikkan apa yang ibu baca dan belajar semasa di kelas antenatal.Alhamdulillah...kawalan pernafasan yang diajar sedikit sebanyak memang mengurangkan kesakitan.Nurse beri ibu gas oksigen(katanya boleh kurangkan sakit) tapi ibu menolak kerana ibu rasa lemas memakainya.
11.00pm-Ibu mula rasa seakan ada sesuatu nak keluar (umpama nak buang air besar pun ada).Ibu bagitahu babah.Babah tekan loceng panggil midwife.Bila dilihat/diseluk, rupanya kepala baby dah nampak.Mereka semua memberi ibu semangat.Push..push..kata mereka.Sekuat tenaga yang sebenarnya dah lemah(sebab dari tengahari xada selera nak makan) ibu cuba teran.Kali ketiga teran bersama laungan 'Allahuakbar!' akhirnya pecahlah bilik itu dengan suara tangisan dari seorang anak kecil perempuan comel seberat 2.96kg pada jam 11.11malam bersamaan 10.3.2007.Allahuakbar...Subhanallah, begitu indah kurniaan Allah pada ibu.Cukup cantik dan sempurna dia pada pandangan mata ibu.Anak itu diletakkan di atas dada ibu.Hangat!Ibu cium pipinya bersama linangan airmata kesyukuran.Bahagia..sungguh xterucap perasaan itu dengan kata-kata.Saat itu bermulalah gelaran IBU untuk ibu.Anak itu kami namakan 'Aireen Arissa Dania' (bermaksud menghampiri kecekalan, ketabahan dan kecemerlangan) yang kini ibu panggil kakak.Harapan ibu semoga kakak dapat membiaskan perwatakan dan personaliti makna namanya ke dalam dirinya.
 'Wajah bahagia tok abah dan nenek menyambut kehadiran kakak'
Kakak membesar sama seperti anak-anak yang lain.Alhamdulillah..perkembangannya cepat sekali.Cabut pusat hari ke-5, meniarap di usia 3 bulan, merangkak 5bulan, tumbuh gigi 8bulan, mula berjalan seawal usia 9bulan lebih dan bercakap dengan petah tanpa pelat pada usia hampir 2 tahun (time nih punya banyak soalan yang ibu perlu jawab mengikut tahap pemahamannya).Kadang-kadang soalannya tidak disangka untuk budak seusianya.Kakak di usia 2 tahun dah boleh menyebut A-Z, 1-10, Alif -Ya dan kini dah mula belajar membaca, dah boleh mengeja namanya sendiri, nama ibu, dah banyak perkataan Inggeris yang dia faham maknanya.Pandai baca beberapa potong doa/ayat2 muqaddam ringkas (setiap hari mesti dia akan bacakan doa ibu bapa) umur 3 tahun dah xpakai pampers.Menyusu dengan susu ibu selama 3 tahun lebih (tang ni memang payah sekali nak lepaskan, bermacam usaha dibuat.Sampai sekarang datang giannya, dia masih nak 'melekat'.)Kata yang xpernah dia lupa setiap hari 'Kakak sayang ibu sampai syurga' membuatkan ibu tersenyum.Alhamdulillah...begitu mudah menjaganya.Terasa cepat benar masa berlalu meninggalkan semua kenangan itu.Mengenangnya membuat ibu rindu.Rindu untuk mengulangi saat-saat itu.Terlalu rindu!

'Syukur Ya Allah...Kau beriku peluang untuk merasai semua ini.Kau telah berikan aku kakak sebagai bakal penggantiku untuk menjaga aisya bila mata ini tertutup nanti.Permudahkanlah segalanya buat anakku ini.Panjangkanlah umurnya.Murahkanlah rezekinya.Kurniakan kesihatan, akal dan hati yang baik padanya Ya Allah.'


"Kakak, Selamat Menyambut UlangTahun Kelahiran Yang ke-4.Semoga kakak membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan berjaya dunia akhirat.Kakak perlu tahu bahawa ibu terlalu amat sayangkan kakak."


4 comments:

zura_habibhaariz said...

hei besday to aireen..smg sihat selalu,jadia anak yg bijak dan solehah...

*ayu...GA dah dilancarkan:-)

Rizziela said...

Selamat Hari Lahir Kakak..

Semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hidup di dunia & akhirat

insan kerdil said...

buat Aireen Arissa Dania (kakak)...

bila kakak merasakan bahagia itu hanya ada pada diri kakak dengan hadirnya ibu...baba....adik Aisya....kakak akan sentiasa berusaha mempertahankan....keluarga kakak....

bila yang kakak nampak....apa yang ibu....baba....adik Aisya lalui hari2 adalah sesuatu yang perlu dibela....dan diteruskan....untuk meneruskan kehidupan.....kakak akan beroleh suatu kekuatan....yang kadang2 kakak sendiri tidak sedar....tapi akan sampai masa dan ketika...semua itu teruji....yang kakak sebenarnya memang kuat...

tapi kakak jangan rasa tertekan ye...andai kata kakak tersilap dalam buat pilihan...sebab itu semua adalah proses kematangan dalam kehidupan....

sebab yang paling penting sekali....kakak kena tahu....bila sepatutnya kakak perbetulkan keadaan...dan kakak kena berani hadapi....dan pergi cari ibu....baba...untuk dapatkan 'bimbingan'...ok

~kakak ada senyuman yang manis....semoga kemanisan senyuman kakak itu semanis hati kakak dalam menyayangi keluarga kakak seadanya :)~

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

ummuharithasif said...

happy birthday kakak aireen..smoga sentiasa menjadi anak yg baik,penyejuk mata & hati mama baba..