Wednesday, March 9, 2011

~Memori Kelahiran Kakak~(Part 1)

Seandainya kakak bisa membaca nanti...ibu nak kakak tahu sejarah kelahiran kakak yang sangat membahagiakan ibu.Ibu sayang sangat-sangat kat kakak.

Mengimbas kembali memori yang tak akan pernah ibu lupakan seumur hayat ibu 4 tahun yang lalu.Di saat lengkapnya hidup ibu sebagai seorang wanita.Pertama kali bergelar IBU.Satu anugerah yang tidak ternilai, amanah dari Yang Maha Esa.Sungguh ibu begitu bersyukur.

Hadirnya kakak dalam rahim ibu sebulan selepas bernikah ngan babah adalah satu berita yang amat menggembirakan.Sungguh xsangka..cepat betul kami dikurniakan rezeki ini.Jelas dan terang double line yang tertera pada alat itu.Alhamdulillah.Pregnancy test yang ibu buat selepas 'lewat' 5 hari rupanya menandakan ada orang baru yang bakal menjengah dunia, menyerikan lagi rumahtangga yang baru kami bina.Di subuh hening tu ibu hanyut dengan airmata kesyukuran bersama ciuman dalam pelukan babah.Ibu masih ingat betapa gembiranya wajah babah ketika itu.Dan percaya atau tidak,sehingga saat ini ibu masih lagi menyimpan alat ujian kehamilan itu! :)

Bermula dari situ, ibu start mengalami alahan.Alahan yang teruk!Langsung xboleh masuk sebarang makanan dan minuman pasti keluar balik.Pergi balik kerja ibu pasti muntah dalam kereta(dah spare plastik) dan ibu pernah muntah atas riba masa tengah drive.Malah ibu xmasuk dapur sepanjang hampir 5 bulan mengandung.Bayangkan setiapkali lepas balik keje ibu akan memerap dalam bilik dengan menutup semua tingkap dan pintu kerana ada satu ketika jiran sebelah memasak ikan goreng dan ibu dalam bilik menangis-nangis sebab tak boleh bau.xtahan sangat!Bau nasi baru masak pun ibu alah.Ibu jadi cewek sangat(manja),kuat menangis, malas -kuat tido, suka berjalan (kandungan 4bulan keatas)-setiap petang mesti ajak babah kuar g mana2, xsuka duduk rumah sendiri (umah orang xper)Seksanya rasa nak melepasi 5 bulan awal.Akibatnya ibu hilang 7++ kilo berat badan (hahaha..orang lain ngandung makin naik berat, ibu pulak makin turun).2 kali kena masuk air sebab badan xcukup air.Yang bestnya babah memanjakan ibu.Segalanya dibuat.Makan dihantar kebilik, kerja rumah xpayah suruh dah beres,apa sahaja yang ibu teringin pasti cuba dicari.Macam puteri raja!

Ibu terpaksa berhenti kerja pada usia kandungan 2bulan++ kerana xtahan sangat dengan alahan teruk + arahan dari babah yang kesiankan ibu + bebelan dari nenek johor yang risaukan ibu seorang diri di Bangi.Kerana ketika tu ibu dan babah berjauhan (babah kerja kat Johor dan ibu masih di Bangi).Kami suami isteri hujung minggu sahaja.Hahahah....masuk 6 bulan pregnant, ibu kena kencing manis lak.Kena tahan wad di Hospital Segamat 3 hari (menangis-nangis sebab xpernah masuk wad.huhuhu) Satu lagi ujian buat ibu.Setiap 2 minggu sekali ibu kena g amik BSP (4kali amik darah -8.00am, 12.00pm, 5.00pm, 10pm).Itulah rutin ibu selain check up di hospital sehinggalah bersalin.Nasib baik time tu ibu dah tak kerja, kalau ibu masih bekerja?Bayangkan macam mana ibu nak mintak keluar setiap 2 minggu untuk 3 kali (8.00am, 12.00pm, 5.00pm) amik darah tuh?Mau kena buang keje gamaknya.Oh yer..masuk bulan ke 7++ ibu dan babah dah pindah balik Serdang.Duduk umah tok abah.Oleh kerana ibu ada kencing manis, so ibu xboleh terlebih due.Sehari sebelum tarikh jangkaan ibu dah menginap di wad.Sekiranya ibu masih xada tanda-tanda bersalin, ibu akan di induce.Time tu rasa takut sangat!Fikir apalah yang bakal terjadi nanti.

Jumaat - 9.3.2007 (11.30am)- ibu dah admit wad.Tapi sampai ke malam ibu langsung xsakit.Ibu boleh jalan-jalan tengok ibu-ibu lain lagi.Konon2nya banyak berjalan mudah bersalin.Hihihi..sampai keesokkannya ibu masih xsakit apa2.Sabtu (10.3.2007)-Sewaktu ibu turun dari katil, tetiba jer ibu terasa cam terkencing.Banyak air suam keluar tapi ibu xrasa sakit.Airnya putih jernih.Ibu call tok abah bagitahu.Tok abah cakap tu namanya air ketuban.Mungkin xlama lagi bersalinlah.Huhuhu..time nih dada dah start berdegup degap.Takutlah pulak!4kali tukar uniform wad, 2 kali tukar cadar sebab basah lenjun dek air ketuban.Moga segalanya mudah dan selamat.'Baby baik kan...xmau sakit2kan ibu yer sayang'

Panjang sangatlah pulak...ibu sambung next entry k.

1 comment:

insan kerdil said...

pabila yang menjadi kenangan itu......biar pun ada ketika nya begitu menguji.....namun ianya kan tetap menjadi antara nikmat kurniaan Ilahi......yang sentiasa akan disyukuri...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...