Tuesday, March 15, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ;P


~Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat ibu~ 15 Mac 2011

Heheheh..pejam celik, pejam celik - suka, duka, ketawa, menangis dalam sedar tak sedar bertambah lagi usia ibu.Wah, kini ibu dah menjengah ke angka '3' Huhuhu..suka @ tak  terpaksa lah dengar ucapan 'Welcome To 30's'.Hahaha..terasa macam dah tualah pulak (walaupun perangai masih xubah2.Cam budak2! wink...wink)

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi kerana masih memanjangkan usia ibu.Masih memberi peluang untuk ibu menatap wajah-wajah kesayangan ibu, masih diberi peluang menghirup udara di muka bumi ini dan menikmati nikmat yang Allah berikan malah masih berpeluang bersama, menjaga dan memelihara anugerah teristimewa itu.Walaupun hidup ini ibarat roda, adakala ibu di atas (riang gembira, ketawa dengan setiap keseronokkan dunia) tapi pernah banyak kali ibu terjatuh ke bawah (menangis, bersedih dengan ujian yang mendatang) tapi ibu adalah ibu...masih juga begini.Mengharungi setiap apa yang ditentukan OlehNya dengan redha.Yer, kerana redha itulah yang terbaik.Ibu bahagia sekali setiap kali membuka mata, masih ada 'dia' di sisi dalam keadaan yang sihat.Itu dah lebih dari cukup.Terima kasih tuhan.

Apa yang ibu harap dan selalu berdoa adalah supaya ibu terus diberi kekuatan dan kesabaran ini...dalam menempuhi apa sahaja ujian yang bakal mendatang.Moga ibu xhanyut dalam kealpaan @ kesedihan. Semoga dimurahkan rezeki ibu dan diberikan kesihatan yang baik agar ibu masih boleh menjaga anak-anak ibu sehingga mereka berjaya dalam hidup dan dapat berdikari sendiri tanpa pimpinan dari tangan ibu lagi untuk melangkah.Ibu masih berdoa dan terus berharap agar diberi kesenangan dan dipermudahkan segala jalan untuk ibu membimbing anak-anak ibu.Dan doa ibu berterusan agar diberi petunjuk untuk ibu jadi yang lebih baik dari sebelumnya dan setiap jalan yang ibu lalui dirahmati dunia akhirat.Aminn..

p/s: Terima kasih atas semua ucapan sama ada melalui fb, email, msg, kad dan sebagainya.Maaf saya xsempat balas semuanya.Kalian sangat saya sayang!
Miza: Dik, i'm not iron lady k? jauh benor tu jaraknya..hihihi.Anyway, thank's a lot for the cute card.
k.as: Thank's akak atas kata-kata akak dalam card tuh - You're not getting older but you're getting better. I like!
Niza, k.shima, nida : Terima kasih bagi birthday card tuh :)

7 comments:

Mama Q said...

La..ibu aisya muda lagi...Mama Q tua banyak dr ibu aisya...hehehehe...bday kiter selang sehari jek..Hepi bday Ayu..moga tabah menempuh perjalanan hidup yg mendatang.

Yasmin Nabilah.. said...

happy birthday ayu..moga sentiasa dimurahkan rezeki dan ceria selalu..Amin..:)

ummuharithasif said...

happy birthday k.ayu...smoga bertambah keberkatan dengan bertambahnya umur...

insan kerdil said...

walau dalam waktu yang seperti meninggalkan jauh hati dan perasaan...tidak sesekali menjadi alasan untuk menidakkan setiap kesilapan...tiap kelemahan makhluk yang bernama manusia....apatah lagi menafikan tiap nikmat kurniaan daripada Ilahi....sedang yang terzahir adalah penuh dengan nada kesyukuran....

pada tiap perhatian dan kasih sayang yang Dia berikan.....secara khusus pada tiap hamba-Nya.....semoga diberikan juga kekuatan dan ketabahan.....dalam menempuhi tiap ketentuan-Nya dengan sabar dan redha.....buat yang tersayang.....daripada yang menyayangi....

selamat hari lahir dan semoga Dia masih memberikan ruang dan peluang bersama mengapai impian....dalam menuju redha Ilahi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Nonie said...

selamat hari ulangtahun Ayu....moga sentiasa dilindungi Allah hendaknya...aaamin...

Fysa Ismail said...

happy birthday kak yu, moga di murahkan rezeki dan sentiasa tabah mengharungi hari mendatang.

Min said...

happy birthday ayu. semoga kebahagiaan dunia & akhirat akan menjadi milik ayu selalu...