Monday, March 21, 2011

~Terkenang Kembali~ 22 Mac 2009 Bukti Kekuasaan Allah!

Assalamualaikum...
Esok, 22 Mac 2011 jam 3.32am...genap sudah anak kecil ibu ini 2 tahun.Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke-2 Sayang.Selamat melangkah ke alam yang lebih mencabar walaupun ibu tahu anak ibu ni sememangnya seorang yang kuat.Semoga menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkati dunia akhirat.Tiada kata yang lebih indah untuk ibu ucapkan selain 'Ibu amat menyayangimu.Ibu bangga mengandungkanmu, melahirkanmu malah menjagamu serta mendidikmu.Membesarlah dengan sihat dan bijak yer aisya.Apapun yang berlaku ibu sentiasa ada di sisimu selalu'
Tarikh bermakna ini kembali mengingatkan ibu dengan segala kenangan lalu.Satu permulaan yang banyak mengajar ibu agar lebih cekal dan bersabar dengan setiap ujian.Sesungguhnya ibu bertuah kerana menjadi insan yang terpilih.Di sini ibu ingin mengabadikan setiap kenangan itu agar ianya xakan luput dimakan masa dan bakal menjadi diari 'bermulanya sebuah kehidupan seorang anak yang sangat kuat melawan setiap ujian dalam kehidupan awalnya'.Ibu harap aisya dapat membacanya setelah dia besar.Padamu sayangku Aisya, ketahuilah olehmu bahawa bagi ibu, Aisya adalah seorang anak yang kuat, cekal dah tabah.

Aisya dilahirkan premature di Hospital Serdang pada 22 Mac 2009 (Ahad) bersamaan 6 Rabiulakhir 1430H, jam 3.32a.m ketika usianya baru mencecah 32 minggu dalam kandungan dengan berat hanya 1.27kg.Terlalu kecil saiznya berbanding bayi2 normal yang baru menjengah dunia.Boleh diibaratkan saiznya ketika itu bersamaan dengan sebotol air mineral 1.5L/termos air panas.Kali pertama melihatnya, airmata ini meleleh laju.Tak terucap kata2.'YA ALLAH, bersyukurnya aku kerana kau mengurniakan aku seorg lagi anak yang comel dan cukup sifat'.Hanya doa kepada Allah dan harapan semoga dia terus kuat kerana doktor sendiri tidak memberi sebarang harapan sebaliknya berkata semuanya terpulang pada baby samaada kuat atau tidak dan kemungkinan utk bermasalah memang tinggi.Aisya dilahirkan normal walaupun doktor pakar mengatakan bahawa 99.9% ibu perlu menjalani pembedahan untuk melahirkannya sebab baby terlalu kecik.Tekanan semasa meneran akan membuatkan dia xboleh survive untuk hidup.Namun, Allah Maha Berkuasa dan Penyayang.Juga mungkin kerana Aisya mendengar doa dan kata2 ibu setiap hari semasa mengusap perut agar tidak menyusah dan menyakitkan ibu.Terima kasih sayangku.
"Ainur Ariana Damia"- itulah nama yang ibu pilih untuknya.Seindah maksudnya 'Cahaya kebijaksanaan yang menyeluruh kehidupan'.Itulah yang ibu harapkan.Agar aisya menjadi seorang anak yang sangat bijak.Namun kini kami seluruh keluarga sepakat memanggilnya Aisya berikutan satu kisah..Aisya terlalu kerap sakit dan dimasukkan ke hospital.Suatu hari ketika Aisya admit ward, seorang 'nenek' yang secara kebetulan ibu temui di dalam lif hospital dan mendengar cerita pasal Aisya menyarankan agar nama panggilannya diubah.Dia jugalah yang menyarankan agar di panggil Aisya.Aisya bermaksud 'kehidupan'.Sejak itu, setelah meminta pandangan dari org2 terdekat, panggilan Ariana ibu tukar kepada Aisya dengan harapan Aisya cepat sembuh dan tidak lagi keluar masuk wad walaupun ibu sangat sayang dengan panggilan nama ariana.


Berita yang ibu terima pada hari ke tiga kelahiran Aisya membuatkan ibu hampir jatuh terduduk.Melalui ujian doktor, Aisya disyaki mempunyai masalah jantung.Ya Allah...kuatnya ujianMu padaku.Airmata ini meleleh di hadapan doc.Namun doc masih memberi harapan.Katanya, mungkin lubang di jantungnya blh tertutup sendiri kerana bagi bayi sekecilnya (premature) segala organ dalamannya masih belum matang.Doc masih memberi masa.Harapan dan doa setiap hari kupanjatkan pada Yang Maha Esa agar memberi kekuatan dan peluang hidup kepada bayi kecilku untuk menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi yang lain.


"Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau kuatkanlah anakku ini..berikanlah dia peluang untuk hidup dan menjalani kehidupan normal seperti bayi2 yang lain di bumimu ini Ya ALLAH.Sekiranya kesakitan yang kau berikan padanya adalah kerana balasan di atas dosa-dosaku padaMU, aku mohon kau mengampunkan aku.Kasihanilah dia yang tidak berdosa itu.Ya ALLAH,sesungguhnya dia masih terlalu kecil untuk menanggung semua itu dan aku rela menanggung sakitnya.Sekiranya ini ujian darimu untuknya maka kau berikanlah kekuatan padanya untuk menempuhi ujianMu.Ya ALLAH,kuyakin kau berikan dugaan pada hambamu kerana kau tahu hambaMu itu boleh melaluinya.Dua bulan berlalu, lubang di jantung Aisya masih belum tertutup.12/5/2009 -Aisya dihantar ke IJN utk disahkan penyakit jantungnya dan YA..dia disahkan mempunyai Large PDA failure dan mild COA oleh doktor pakar IJN.Maha Besar ALLAH, begitu beratnya dugaanMU pada kami.Ibu redha.Pembedahan segera tidak dapat dijalankan kerana berat yang masih tidak mencukupi iaitu baru 1.44kg selain dari salur darah yang terlalu halus blh membahayakan nyawa.Aisya dipindahkan semula ke Neonat Intensif Care Unit (NICU) Hospital Serdang.Bayangkan semasa membawanya berulang alik keluar NICU ke  IJN kami menjadi tumpuan kerana bersama kami seorang bayi yang sangat kecil berada dalam sebuah incubator yang di dalamnya berselirat dengan segala macam wayar, manakala di luarnya sebuah terdapat sebuah mesin yang sentiasa berbunyi bersama 5 buah tong kecil oksigen.Setiap jam yang berlalu dikira kerana takut oksigen dalam setiap tong tersebut kehabisan sebelum sempat sampai.Tentu saja banyak mata yang memandang dengan pandangan simpati dan keluar dari mulut mereka ‘KESIAN’.


Setiap hari, hospital adalah rumah pertama ibu.Ibu menghabiskan kebanyakkan masa di hospital tanpa menghiraukan pantang yang sepatutnya ibu patut jalani.Ibu kehospital setiap pagi dan balik ke rumah malam.Rumah hanya untuk tidur dan mandi, tukar baju.Walaupun xboleh mendukung aisya apatah lagi menciumnya,ibu masih boleh menyentuhnya melalui lubang inkubator.Setiap saat ibu berdoa agar aisya kuat.Setiap hari ibu bercakap dengan aisya.Ibu igt lagi antara kata2 ibu pada aisya."Adik, adik kena kuat.ibu sayangkan adik.semua org sayangkan adik.kita keluar dari sini ye sayang.dah xperlu cucuk sana sini.ibu janji kalau adik dah sihat, ibu bawak adik g taman..tgk cat,flower,bird.kat luar cantik sgt.kolo adik nak tgk, adik kena kuat..biar cepat sht.kakak aireen,babah, tok abah,nenek, semua tengah tunggu adik" time tu xyah cakaplah airmata ini.Tapi ibu igt pesanan sorg kakak pada ibu, ibu kena kuat.xboleh nangis dan tunjukkan depan aisya yang ibu sedih, barulah aisya akan kuat.
Dalam NICU, badan aisya penuh dgn wayar..pakai bantuan oksigen ventilator(mesin bantuan oksigen)-pernah sekali terhenti bernafas,minum melalui tiub, kaki tangan penuh kesan cucuk.Tidak memakai pakaian selain pampers yang dilipat dua!Setiap hari darah diambil sehingga tangan lebam kebiruan.Aisya juga sudah menjalani 6x proses pertambahan darah akibat kekurangan darah (HB terlalu amat rendah).Doc mengesahkan aisya mengalami Congenital Rubella Sindrom.Mulanya aku nafikan kerana kukatakan pada doc, aku ada mengambil suntikan rubella dan anak pertamaku sihat.Penerangan doc mengatakan kemungkinan berlaku jangkitan semasa mengandung.Virus rubella blh berjangkit melalui udara cth di tempat org sesak spt shopping complex.Aisya juga dikesan menghidapi Chronic Lung Disease.Lemah seluruh tubuhku...apa lg dugaan dariMU Ya ALLAH.Berilah aku kekuatan..airmata ini sudah kering utk menangis.



29.5.2009- Hari yang paling bahagia sekali bila pertama kalinya ibu dapat memeluk dan mencium aisya.Itupun kerana doc nak mencuba kaedah 'touch skin to skin' utk mempercepatkan peningkatan berat badan.Menitis airmata ibu kerana terlalu terharu.Sampaikan nurse yang jaga aisya pun terharu.Yelaa..bayangkan anak kita sejak lahir sampailah umur dia 67 hari kita xblh dukung apatah lagi cium.Hanya dapat usap jer.Kecik dan ringannya anak ibu.sebelah tgn jer ibu pegang.dengan wayar yang berselirat kat badan dia.time tu berat 1.57kg.berat dia lambat betul nak naik.dah naik turun pulak.Tu hanya sekali sahaja kerana slps itu, doc pakar xbagi lagi takut aisya terkena jangkitan kuman.Tp ibu cukup bersyukur kerana akhirnya impian ibu nak pegang, dukung dan cium aisya tertunai.Biarlah aisya di dalam inkubator, asalkan dia sihat.
Umur 4bln++ aisya dikeluarkan dari inkubator selepas beratnya mencecah 2.54kg.Itupun setelah percubaan pertama iaitu semasa beratnya 1.8kg gagal kerana beratnya kembali turun mendadak.Lalu dia terpaksa di masukkan semula ke dalam incubator.xsampai sebulan kemudian aisya di masukkan ke dalam baby coat.Sewaktu ini hati ibu berbunga2 melihat perkembangannya.aisya dah pandai tersenyum malah menurut nurse yang menjaganya dia mmg suka tersengih.Malah doc turut membenarkan aisya memakai pakaian sendiri dan membawa mainan yang berwarna warni.Bermula hari itu, baby coat aisya adalah yang paling cantik sekali dalam NICU kerana ibu menghiasnya dengan segala macam mainan dan menggunakan selimut yang berwarna-warni bahkan aisya juga memakai baju yang cantik setiap hari (baju newborn pun dah penuh ke kaki, xperlu seluar) :P




Aisya ditransferkan ke IJN pada 1 September 2009 pada jam -+11.00a.m.bersamaan 11 Ramadhan 1430H.Rupanya suasana di sini lagi sedih dan menakutkan.Kami duduk di wad Melor tgkt 5 (wad kanak2).Kasihan dan sedih melihat anak2 kecil yang mempunyai masalah jantung.Ada yang menangis dan menjerit.Nasib baiklah anak ibu seorang yang baik.Aisya tidak banyak meragam.Hari ke2 echo (scan jantung) dijalankan oleh doc pakar jantung.Doc mengesahkan aisya perlu dibedah segera kerana salur jantungnya terbuka.Salur jantung tersebut perlu dipotong dan diikat.ibu redha jika itulah yang dapat membolehkan anak ibu jadi sihat.Petang itu juga pakar bius dan pakar bedah datang menerangkan komplikasi2 yang boleh berlaku semasa penbedahan.Ibu dan babah dengan sepenuh hati (pasrah walaupun didalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu) menurunkan tandatangan setuju- 8.17p.m, 2.9.2009.Mengikut jadual, esok aisya adalah pesakit yang ke-3 dibedah.Malam itu ibu tidak dapat melelapkan mata.Di hati hanya doa tanpa putus dipohon agar segalanya berjalan lancar dan anak ibu selamat.


3.9.2009 – 4a.m Aisya diarahkan berpuasa.Drip air mula dipasang di tangannya.Selepas Subuh,ibu memandikan Aisya dan melumurkan badannya dengan sejenis ubat antibakteria.Aisya dipakaikan pakaian khas utk operate.Wajah mulus aisya tenang dan dia lebih banyak bermain dan ketawa apabila diagah oleh babahnya.
2.30p.m- Aisya mula menangis kelaparan.Mungkin sebab dah terasa lapar berpuasa.Ibu hanya mampu menenangkannya dan menidurkannya.6.00p.m nurse datang memberitahu jadual operation terpaksa diubah berikutan ada kes kecemasan. Betapa geramnya hati ibu saat itu.Dah ar anak ibu kelaparan selama lebih 12+jam.Ibu terus susukan aisya dan petangnya pakar bedah iaitu doc Siva dtg memohon maaf dan berjanji esok aisya adalah pesakit pertama yang akan dibedah.


Panjang sangat kan??tentu penat aisya nak baca.Ibu pun dah letih menaip.Ibu sambung di entry lain yer sayang.Salam sayang untuk anak ibu yang cekal...aisya.

9 comments:

Azma said...

Bila dikenang semula kisah itu, mcm x percaya anak2 kita yg macam 'sayur' dlm inkubator waktu dah membesar, dah sihat alhamdulillah (wpun mudah sakit) dll lagi.. Besarnya kuasa DIA kan.. semoga kita sentiasa bersyukur dan tak mengabaikan kurniaanNya ini..

Rizziela said...

Tarikh lahir aisya sama dengan Haziq...

Semoga anak2 kita membesar dengan sempurna & sihat selalu

Aisya memang kuat & anak yg bijak. Semoga Aisya dapat membahagiakan ibu & abah yer sayang

Yasmin Nabilah.. said...

happy birthday Aisya..:)

teringat masa nabila kat NICU. nmpk ada parents anak2 prem di sisi Nabila.anak2 ini mmg kuat semangat.

Moga Aisya terus diberi kesihatan yg baik dan sentiasa ceria disamping Ayu..Amin..

produk ococ said...

Happy birthday Aisya...semoga terus sentiasa sihat...

Fysa Ismail said...

happy besday aisya yang comel.. geram tgk mata aisya... moga aiysa diberi kesihatan yang baik dan semakin kuat..

alhamdulillah aisya kuat dan akak juga sangat kuat & tabah mengharunginya...

ummuharithasif said...

happy birthday aisya syg..smoga aisya membesar dgn sihat dan bertambah pintar....doa yg terbaik untuk aisha sekeluarga ;)

insan kerdil said...

suatu perjalanan kehidupan....menghimpun pelbagai 'pengkisahan'...yang tersimpan pelbagai 'rasa' tentang pelbagai 'cerita'....

biar pun tiap yang 'kelihatan' itu seperti nya 'jelas'....namun yang tampak 'jelas' dan 'nyata'....pabila 'rasa' yang 'dirasai' itu......tetap memberikan sinar kehidupan....pada makhluk yang percaya dan yakin pada-Nya....Penentu...Pemilik...yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani...

buat aisya....
selamat hari lahir.....semoga dipermudahkan segala urusan....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mama Q said...

Selamat menyambut ulangthn aisya, mama Q doakan moga aisya sentiasa sihat dan doa utk ibu aisya juga agar sentiasa sihat supaya dpt menjaga aisya dgn sempurna....amin

ieda said...

happy birthday aisya...tembam la aisya masa baby...