Monday, January 10, 2011

Beransur Pulih...

Alhamdulillah, syukur..setelah hampir seminggu aisya diserang demam kini keadaannya beransur pulih.Ujian denggi yang dijalankan keatasnya juga negatif.Hampir-hampir sahaja aisya di tahan di wad kerana keadaannya yang lemah itu namun doktor memberi 2 hari lagi peluang sekiranya demam masih xkebah dan keadaannya berterusan lemah, muntah dan xmahu minum maka dia perlu ditahan.Ujian darah menunjukkan banyak kuman dalam badan aisya (bacaan normal 4-11 tapi bacaan aisya 17.8) ntah dari mana datang kuman itu, ibu pun xtahu.Ikutkan hati mahu sahaja ibu letakkan aisya dalam sebuah bilik kedap supaya tiada virus, kuman dan bakteria yang menyinggah.Huhuhu..boleh ker begitu?Aisya juga seperti bayi lain, mahu meneroka alam, bermain dan berkawan.

Terima kasih di atas doa semua.Kini aisya dalam rawatan dan pemulihan.Badannya nampak masih lemah.Dia lebih suka berbaring dan lelap.Selera makan juga belum ada namun dia dah boleh terima susu walaupun xbanyak (semalam dia menyusu 510ml sahaja sehari.Itu pun time tidur.Kalau time jaga, jangan haraplah dia nak menyusu).Anak ini begitu mudah dijaga.Tidak pernah menyusahkan ;)

p/s: Terima kasih kepada 'seseorang' yang mengatakan ibu xpandai jaga anak.Sebab tulah anak selalu sakit.Telinga ini dah tebal, airmata pun dah sikit namun jauh di sudut hati -sedih.marah.benci.menangis kerna ibu juga manusia yang punya perasaan. 

7 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..aisya dah sihat..:) lega dgr berita nih.

sapa yg ckp gitu ayu?mmg mulut takde insurans..huhu..

zura_habibhaariz said...

hmm bgsla aisya dh beransur pulih...
org mmg suka ckp yg bukan2..sabar ye..ayu smash la balik xpyh simpan dlm hati...biar kena sedebuk atas muka dia tuh...

ummuharithasif said...

alhamdulillah aisya dh smakin sihat...moga lpas ni tak sakit2 lagi,insyaAllah...

mamasoffy said...

Alhamdulillah...

Teruslah sihat sayang... Cepat lah lari kuman jahat tu..

Semalam anak buah kena sawan secara tiba2 macam aisya hari tu..xde demam, selsema atau batuk..4 tahun umur dia..Rupanya doc kata trend demam sekarang sawan akan menyerang semasa virus/ kuman mula2 datang atau baru mula nak demam..be careful mommies....

ieda said...

alhamdulillah aisya dah makin sihat..

biarlah org nak cakap apa pun..kita tau apa yg kita buat adalah yg terbaik utk anak2 kita.

Mamanurin said...

alahmdulillah,aisya kembali beransur pulih..ibujgn sedih,aisyaanakyang baik, dia pasti kuat untuk terus berjuang, Muahhhhhhhh

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan sentiasa menuntut agar hati sabar...redha akan tiap apa yang telah ditentukan-Nya....mensyukuri tiap kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya...

meski pun diri cukup sedar...sebagai hamba-Nya yang lemah....ada ketika..akan ada naik turun nya kepercayaan hati....pasang surut nya keimanan....namun tetap percaya dan yakin bahawa Pemilik itu adalah Allah S.W.T....Penentu itu adalah Allah S.W.T....

tiada yang akan bisa memberi manafaat...dan tiada yang akan bisa memberi mudharat kecuali dengan izin....yang Maha Mengetahui...yang Maha Menyayangi...Maha Mengasihani....kerana Dia segala makhluk di sini...dan kepada Dia segala makhluk akan kembali.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...