Monday, January 3, 2011

Cerita di hari pertama kakak bersekolah

Pagi tadi ibu masuk lambat ke office kerana menghantar kakak aireen mendaftar di Sekolah Kemas Tadika Harapan Murni di Serdang.Walaupun kakak baru nak masuk 4 tahun, tahun 2011 nih tapi ibu nak gak dia sekolah kerana kalau semua nak tahu..kakak aireen nih xpernah berjauhan daripada keluarga kami sejak lahir. Maksud ibu, dia xpernah berenggang pun dengan kami selain ibu, babah, cik til, tok abah dan nenek. Yelah, sejak lahir hingga 2 tahun dia di jaga oleh tok abah dan nenek dan selepas kami pindah ke Putrajaya tahun lepas, tugas menjaga kakak dan aisya diambil alih pula oleh cik til. Mana xmanjanya si kakak nih (kadang-kadang manjanya melebihi si adik). Tujuan ibu nak hantar kakak bersekolah, selain dapat belajar benda-benda yang tidak sempat ibu dan cik til ajar di rumah ialah supaya kakak boleh belajar berdikari dan belajar berkawan. (sebelum ni kawan dia hanya adik- so dia boleh conquere semua barang). Petang semalam ibu ajak dia shopping barang sekolahnya.Actually keputusan nak hantar dia ke sekolah pun secara mengejut(puas ibu pujuk cikgu sekolah tu supaya terima kakak.huhu..thank's teacher)Ibu biar dia pilih sendiri apa yang dia nak (gara-gara nak pujuk dia ke sekolah kerana dia cakap dia xnak g sekolah).Dari beg sekolah, kasut, bekas makanan, botol minuman, pencil case dan peralatan menulis semuanya nak yang ada gambar 'Barbie'.Itulah kakak yang taksub sangat dengan barangan jenama 'Barbie'.Budak perempuanlah katakan.Malam tadi puas dia bergaya dengan barangan sekolahnya itu.
Kejadian mengejutkannya untuk bersiap pagi tadi sangatlah mencabar kesabaran + menggeletek perasaan. Mana taknya..bila dikejutkan macam-macam alasan yang diberi antaranya 'kakak ngantuklah ibu, kakak xnak g school', 'kakak sejuk nak mandi', 'kakak penatlah ibu, kaki kakak sakit' dan sehinggalah semasa mendandannya, dia masih xlepas membuat alasan 'kakak xpandai colour,nanti teacher marah kakak', 'kakak xde kawan kat school', 'kalau kakak nak uk-uk sapa nak cebukkan?', 'nanti sapa nak jaga adik kat rumah?' Macam-macam alasanlah ini budak.Sungguh bijak!
Semasa dalam perjalanan ke sekolah...kakak diam jer.Adik aisya pula yang excited agaknya dia ingat nak g jalan kot.Sesampai di sekolah, selepas sesi pendaftaran kami melawat sekitar kawasan sekolah sehinggalah kakak sampai di satu sudut terdapat papan kenyataan yang memaparkan gambar-gambar aktiviti sekolah.Terdapat gambar pelajar-pelajar sekolah sedang swimming.Dan kakak dengan seronoknya berkata 'ibu, kakak nak g scholl lah.Esok ibu bawa pelampung ngan baju swimming kakak yer.Kakak nak swimming.' Hahahaha...begitu terujanya kakak bila melihat gambar kanak-kanak g swimming. Semasa ibu tinggalkannya dia tidak menangis pun malah melambai-lambai pada ibu.Huh..leganya hati ini.
Itulah kakak - anak ibu yang dah semakin besar.xsangka kakak dah nak jadi anak dara.Belajar rajin-rajin ye kakak.Kakaklah harapan ibu untuk menjaga adik aisya kelak selepas ibu dan babah tiada.
Bermula dari esok bermulalah rutin ibu bangun pukul 5pagi, bersiap dan menghantar kakak ke rumah tok abah di Serdang pukul 6pagi kerana 6.30pagi ibu harus bergerak ke office.Kakak akan bersiap ke sekolah dari rumah abah kerana sekolah hanya berhadapan rumah tok abah.5 minit jer jalan kaki.Petangnya jam 5 ibu akan menjemput kakak di rumah tok abah sebelum balik ke kediaman kami di Putrajaya.Ehmm..pastinya agak memenatkan tapi itulah yang perlu kami jalani.Kakak mesti kesekolah dan ibu harus ke tempat kerja.Moga perjalanan tahun baru ini bermula dengan baik dan lancar buat kami.Insyaallah..

4 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

wow..kakak dah gi sekolah.belajar rajin2 tau..

Unknown said...

wah...selamat belajar kakak...

Min said...

kakak memang tere! pas ni aisya pulak g sekolah ok!

insan kerdil said...

seorang kakak memulai proses pembelajaran....semoga semakin banyak yang dipelajari...semakin bercambahnya rasa kasih dan sayang kepada keluarga....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...