Tuesday, January 4, 2011

Permulaan tahun baru yang baik..Alhamdulillah syukur

Petang semalam sewaktu dalam perjalanan balik ke Putrajaya setelah mengambil kakak di rumah tok abah (aisya pun semalam ibu tinggalkan di rumah tok abah) ibu terdengar suatu bunyi seperti orang membebel bercampur aduk dengan bunyi nyanyian radio kereta.Ibu diam dan cuba amati dari mana datangnya bunyi tuh.Rupa-rupanya bunyi tu bunyi suara aisya yang bising nak ceritakan sesuatu/ tunjuk-tunjuk ke luar tingkap.Mungkin nak bagitahu sesuatu.Ibu terus tutup radio dan asyik melayan dia bercerita + memandu.Ohh..sangat-sangat terkejut + teruja + terharu bila untuk kali pertamanya ibu mendengar aisya bercakap (walaupun xpaham apa yang disebutnya tp mulutnya berbunyi!) kerana sebelum ini seperti yang ibu pernah ceritakan, aisya hanya diam dan teramat susah nak dengar bunyi suara di mulutnya (sekalipun hanya babling seperti bayi-bayi lain) selain dari menangis.Dia selalunya leka meneroka dan bermain dalam diam.Mahu saja airmata ibu menitik saat tu juga.Yer..suara anak ibu aisya dah boleh berbunyi setelah umurnya 21 bulan.Bukan setakat itu sahaja, tok abah bagitahu hari itu sahaja aisya dah mula buat percubaan 4,5 kali untuk bangun berdiri sendiri!Syukur padaMu Ya Allah..Kau beri ku satu lagi kenikmatan pada awal tahun baru ini.Semoga selepas ini aisya boleh mula belajar bercakap dan berjalan seperti kanak-kanak lain.Amin..amin..amin.Ya Robbal Alamin.
;) ehmm... harapan yang pasti ada dalam hati semua ibu yang mempunyai anak delay development macam saya.Semoga segalanya dipermudahkan.

5 comments:

Min said...

amin ya Allah! moga Mawaddah juga cepat mengikut jejak langkah aisya. congratulation aisya! u r my girl! doakan adik mawaddah ye...

ieda said...

go go girl!!!...azam aisya di tahun 2011..

Jue-Isteri_Ibu said...

iyer? alhamdulillah..go aisya go..bsising2 lagi tau aisya, biar ibu penat aisya bersembang..mesti dah bertambah riuh rumah ayu, kan?

mun said...

wah....berita baik tahun baru nie...go aisya go.....sembang2 ngn ibu ye sayang

insan kerdil said...

tergambar betapa comel nya Aisya dengan mulut nya yang mungil...mata nya yang bersinar...wajahnya yang tulus...setulus kasih mereka yang menyayangi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...