Friday, January 14, 2011

Tawa yang membahagiakan

Ibu just nak share video yang sempat cik til rakamkan (sebelum aisya demam) ibu rakamkan beberapa hari lalu di rumah tok abah Sungguh..terasa sungguh bahagia sekali hati ini bila mendengar suara tawa itu.Betapa gembira dan sukanya aisya tatkala diusik oleh babah dan kakak aireen.Itulah yang ibu dambakan.Tawa tanpa ada kesakitan!Itulah yang ibu inginkan kalau boleh selamanya kekal menghiasi di wajah suci aisya.Kadangkala bila ibu ulang tayang video tersebut sendirian, terselit satu perasaan halus jauh di sudut hati ini.Gembirakah ibu?sedihkah?terharukah?Terkilankah?semuanya bercampur baur melilit di tangkai hati ini namun tidak pernah sekelumit pun muncul rasa kesal dalam diri ini kerana mengandung dan melahirkannya.Sesungguhnya dialah anak yang begitu istimewa anugerah dari Yang Maha Esa untuk ibu.Ibu bersyukur sangat kerana menjadi 'yang terpilih' itu.Moga kekuatan dan kesabaran itu terus kekal dalam diri ini.
'Kebahagiaan itu akan tetap ada!'
Video diatas-berseluar oren (sebelum aisya di tahan wad + - 5 minggu lepas) manakala video dibawahnya -berbaju putih ( beberapa hari lalu). Sila abaikan suara-suara sumbang yang bising dibelakang.Ibu xtau camner nak edit buang :)

4 comments:

ieda said...

tengok budak2 gelak segala masalah dlm kepala hilang tiba2...ajaib kan?

Anonymous said...

SALAM PERKENALAN...SAYA AMAT SUKA MEMBACA BLOG INI...SUNGGUH TABAH HATI KAMU WAHAI SAHABAT..SESUNGGUHNYA SETIAP CIPTAAN ALLAH ITU AMAT BERMAKNA DAN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA...MOGA ANAK INI AKAN SENTIASA SIHAT DAN TERUS SIHAT...AMIN..

Jue-Isteri_Ibu said...

manis jer ketawanya, manja lagi..aisya mmg comel...

ummuharithasif said...

ala..sweetnya aisya senyum,ketawa..
mmg hbgiakn bila tgok ank2 riang gembira...ceria2 slalu aisya ya...