Thursday, March 3, 2011

Kami tidak minta takdir jadi begini..

~Sekadar nak meluahkan perasaan yang terpendam~

Yer..fikiran saya sekarang umpama dilanda taufan yang hebat.Rasa saya dah 'terduduk' hingga sukar benar untuk bangun.Hingga terdengar kata-kata jahat itu berbisik....meminta saya untuk terus duduk dan berehat. Dan pernah hati seakan mahu membawa diri ini jauh.Jauh dari semua ini.Ke tempat yang saya sendiri sebenarnya tidak pasti di mana.TIDAK! saya xmahu mengalah..saya xharus berputus asa.Saya perlu terus bangkit untuk memimpin tangan anak kecil saya agar terus melangkah kerana kami dah sampai ke tahap sekarang.Setelah kami terutamanya aisya berjaya melalui segalanya biarpun dalam pahit jerih yang tidak terkata.Walaupun kami sebenarnya dah terlalu letih, penat dan tidak bermaya untuk terus menerus begini.Kadang-kadang terasa saya selalunya memaksa diri saya, hakikatnya saya dah lemah.Saya rasa terlalu pedih dan parah saat ini.

Mengapa kami?mengapa mesti saya dan anak kecil saya yang tidak berdosa itu?Apa salah kami?Selalunya soalan itu berputar di fikiran tatkala kami diuji dan diuji dan diuji malah terus-terusan duji lagi.Namun dengan sedikit baki kekuatan yang ada, saya biarkan sahaja soalan-soalan itu bergantung.Kerana saya masih yakin kami tetap disayangi dan dilindungi OlehNYA.Kerana Allah itu ada bersama kami tapi hati ini masih tetap jua menangis.

Salah sayakah anak saya sakit?Salah sayakah kerana tidak pandai menjaga anak?Salah sayakah sekiranya semua ini terjadi pada anak saya?Saya sendiri tidak tahu.Saya tiada jawapan untuk itu.Adakala saya mengiyakan namun seringkali hati menidakkan.Soalan/kenyataan yang sama masih lagi melingkari malah menghantui saya setiap kali terjadi 'sesuatu' pada buah hati saya membuatkan saya lemas malah hampir tenggelam. 'Kau ni xhabis-habis anak sakit' atau 'Macam mana kau jaga anak?' atau 'Anak kecil macam tu pun kau tak boleh nak jaga elok-elok' atau 'Apalah nasib kau ni ye?' sungguh membuatkan saya terkilan dan 'down' sangat-sangat.Saya tidak pernah minta semua ini terjadi malah anak kecil saya juga tidak pernah mahu jadi seperti ini.Laungkanlah pada semua wanita yang bergelar ibu di muka bumi ini.Mahukah mereka anak yang sakit?Terpaksa berkejar ke sana ke mari setiap hari?Berulang alik ke hospital?Melalui banyak prosedur?Tentu jawapannya TIDAK bukan?.Saya tidak mahu rasa simpati itu.Tapi cukuplah sekadar diam kalau tak mahu menyokong.Pada siapa harus saya luahkan rasa hati ini??Saya benci dengan setiap titisan airmata ini tapi dialah teman setia saya setiap kali saya suka atau sedih.

"Ya Allah, tenangkanlah hatiku yang sedang dalam tidak keruan ini.Tebalkanlah imanku, kuatkanlah kesabaranku.Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.PadaMu hambamu yang lemah lagi hina ini bermohon'

p/s:Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan meminjamkan mata kalian untuk membaca luahan saya ini.Terima kasih atas sokongan dan semangat yang dipinjamkan.Saya tahu kalian sahabat yang memahami kerana kebanyakkannya adalah sealiran dengan saya.Saya senang bersama mereka yang senasib kerana 'kita sama'.Kekuatan yang hampir roboh saya cuba bina kembali biarpun retaknya masih jelas kelihatan.Saya lega setelah menulis di sini walaupun hati masih tetap terluka.

7 comments:

Nonie said...
This comment has been removed by the author.
Nonie said...

Ibu Aisya....jangan kalah dengan emosi..jangan hiraukan apa yang orang lain nak kata@persoalkan...selagi nyawa dikandung badan,teruskan perjuangan membela nasib anak-anak kita,moga Allah mempermudahkan segalaNya..aaamin,sabar k;-)

insan kerdil said...

ada ketika 'pelik' melihat perilaku sebahagian makhluk yang bernama manusia.....kerana pada tiap kata yang terluah....yang terzahir hanya lah keangkuhan.....ke'aku'an seorang HAMBA....

apa kah mereka fikir....kehidupan ini ditentukan oleh makhluk ...? keupayaan mentafsir hanya didasari oleh ilmu dan amal mereka....?

dimana kah nilai seorang hamba....pabila yang dipertikaikan adalah hak milik mutlak Penentu...?

lalu di mana kah mereka letakkan keimanan mereka...jika ilmu dan amal mereka itu menjadikan mereka angkuh terhadap Pencipta.....yang Maha Mengetahui....?

perjalanan kehidupan ini....meski mendepani naik turunnya kepercayaan hati....pasang surut nya keimanan....namun mana mungkin untuk menyerah....hanya kerana makhluk....sedang yang nyata....Allah S.W.T Pemilik...Penentu....yang Maha Mengasihani....Maha Mengetahui....

buat mereka yang sering bicara tentang 'rasa' atas ilmu serta amal mereka....panjatkan lah doa buat tiap hati yang teruji....dan diuji...agar dipermudahkan urusan dunia akhirat.....kerana doa itu adalah lanjutan kepercayaan dan keyakinan...terhadap Pencipta....atas nama kasih sayang kerana Allah S.W.T....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah......

wallahu'alam....

Mawar said...

kak ayu,

sy fhm apa yg akak rasa...apa yg seringkali bermain d kotak fikiran akak...sy jg tumpang simpati

namun kak, dlm keadaan ini (ujian demi ujian), jgn sesekali kita brtanya/brsoal jwb dgn diri sndiri ttg apa & kenapa....bimbang takut kita trmasuk dlm golongan yg kufur nikmat

kak ayu bg masa pd diri sndiri...brusaha utk tenang...redha...

kekuatan kita ada dlm diri kita sndiri sebenarnya. dlm apa jua kesukaran/ujian, kita masih ada 2nd best choice...fikirlah...insyaallah akak akan jumpa jawapannya...

doa dr kami sntiasa mengiringi prjalanan hidup kak ayu sekeluarga

zura_habibhaariz said...

Be Strong ayu...kita sendiri kena kuat dan abaikan ajer kata2 org..bkn dia yg jaga n bg mkn kt kita pun...come on...ayu insan terpilih utk hadapi semua ini..Allah SWT takkan uji kita melebihi kemampuan...

Jue-Isteri_Ibu said...

teruskan bersabar ayu. itu jer yg termampu saya katakan kerna saya sendiri pernah alaminya dan jln terakhir sy berhenti kerja setelah sthn saya 'disisih'oleh bos sendiri. Saya dah buntu kerna saya tidak mgenali u all dari dulu..

Ain said...

Salam ayu..sabar dengan ujian Allah..ingatlah..Allah hanya menguji pada insan yang mampu menerimanya..percaya pada diri dan yakin..ayu sebenarnya kuat..sesuatu yang berlaku memang sudah dirancang..perancangan Allah adalah sempurna..ada hikmahnya yang tersembunyi..untuk kita pelajari..sabar ekk..besar pahalanya buat insan yang bersabar..semoga terus tabah meniti hari-hari yang mendatang..jangan putus berharap kerana Allah tidak suka pada hambanya yang berputus asa..sentiasa memohon padaNya agar diberi kekuatan menghadapi segala ujian dari Nya..